Pendaftaran akan dijalankan pada 11 Januari 2009 (Ahad) bertempat di Studio Kesenian masing-masing. Pendaftaran pelajar adalah bermula dari jam 10.00 hingga 12.30 tengahari

Hari ini telah dijalankan satu mesyuarat Pengurusan Ko kurikulum yang dipengerusikan oleh En Tee Tiam Chai (GPK KoKo) dan Mesyuarat HEM yand dipengerusikan oleh En Ali Mustaffa bin Othman (PK HEM ).

Semua guru yang hadir telah dibekalkan juga dengan Buku Persediaan Mengajar, Diari, Buku nota, fail minit mesyuarat, hand out dan pen.

Mesyuarat turut dihadiri oleh PK Akademik manakala tuan Pengetua tidak dapat bersama kerana menghadiri mesyuarat Pengetua Sekolah MenengahNegeri Johor di Kluang, Johor.

Selamat Menyambut tahun baru. Dalam selamat kembali bertugas.

Pendaftaran Pelajar Baru

December 25, 2008 | Berita Terkini  |  2 Comments

Tahniah kepada mereka yang berjaya terpilih untuk ke Sekolah Seni Johor Bahru. Keputusan pemilihan para pelajar ke sekolah ini adalah berdasarkan kepada ranking mereka dalam sesi uji bakat yang diadakan pada bulan Oktober lalu.

Selain itu mereka yang dirankingkan tersebut akan dilihat dari segi pencapaian UPSR mereka agar memenuhi syarat kelayakan ke sekolah ini iaitu sekurang-kurangnya 3B.

Sekiranya kedua-dua kriteria ini dipenuhi maka, pelajar tersebut akan disenarai pendekkan.

Bagi mereka yang mendapat keputusan 5A, pihak BSSK akan menghubungi penjaga bagi mendapatkan kepastian terlebih dahulu sama ada pelajar tersebut benar-benar ingin ke sekolah seni sebelum surat tawaran dihantar kepada mereka.

Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada 11 Januari 2009.

28/11/2008 7:27pm

KUALA LUMPUR 28 Nov.— Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini. – Bernama

Allahyarham adalah merupakan timbalan menteri pelajaran Malaysia yang kedua melawat ke sekolah ini iaitu pada 20 Jun lalu. Klik sini

Al-Fatihah

Satu Kursus Dalam Perkhidmatan telah dijalankan oleh pihak sekolah bertempat di Endau Beach Resort, Mersing.

Kursus berlangsung dari 17-19 November 2008
Kursus ini bertujuan untuk memberikan maklumat mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan kewangan sekolah.

Diharapkan segala ilmu yang disampaikan oleh para penceramah undangan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru-guru SSJB.

Aktiviti lawatan sambil belajar ke Pantai Timur ini melibatkan semua pelajar SSJB dan guru. Jumlah yang pergi ke sana adalah seramai 150 orang.

Pihak sekolah telah menggunakan perkhidmatan 4 buah bas persiaran.
Kami bertolak dari SSJB pada pukul 5.00 petang lewat 2 jam kerana terdapat masalah yang perlu diselesaikan oleh En. Jabar di Balai Polis.

Kami tiba di Mersing untuk makan malam dan solat jamak kira2 jam 9.00 malam.
Waktu makan telah mengambil masa kira-kira satu setengah jam kerana tokeh warong terpaksa membuat tempahan seramai 150 orang .

Kami seterusnya bertolak dan pemandu bas berhenti di Bukit Besi kira2 setengah jam untuk mereka berehat pada pukul 4.00 pagi.

Seterusnya kami bersolat subuh di Masjid Sg. tong pada pukul 6.00 pagi dan sampai di tempat penginapan pada pukul 8.30 pagi.

Antara tempat yang dilawati adalah:

  • Bengkel Wayang Kulit, Dikir Barat di Kg Pulau Tebu, Tunjong
  • Muzium Kesenian Kraf
  • Pengkalan Kubor
  • Bengkel Membuat Wau
  • Pantai Cahaya Bulan
  • Kompleks Tamadun Islam Kuala Terengganu
  • Pasar Payang Kuala Terengganu
  • Nor Arfa Batik
  • Perusahaan Keropok Lekor

Kami bertolak pulang pada jam 5.00 petang
sampai ke sekolah pada pukul 2.30 pagi


Sungguh jelas terbayang di wajah setiap warga SSJB akan kepuasan dan kegembiraan setelah berjaya melaksanakan satu majlis untuk meraikan kejayaan pelajar dalam bidang kesenian yang dipelajari oleh mereka. klik sini

Setiap pelajar daripada jumlah 166 orang kesemuanya terlibat dalam produksi tersebut.
Sama ada dalam bidang teater, visual, tari dan muzik.

Tidak lupa juga mereka yang bertugas di belakang tabir turut menyumbangkan tenaga mereka degan penuh komited seterusnya membuahkan satu kejayaan produksi yang gilang gemilang dan diiktiraf sendiri oleh Dato Hjh Noor Rezan binti Bapoo Hashim (Timb KPPM.

Tapi sayang rakaman daripada Video sekolah kurang dari segi mutunya. Adalah diharapkan kepada mereka yang telah membuat rakaman video dapat menghantarkannya kepada pihak sekolah untuk dibuat satu DVD yang telah diedit. Sila hubungi pihak sekolah 07-2262100 jika anda ingin membantu dan memberikan sumbangan tersebut.

Sebagai jurulatih muzik, aku amat berbangga dengan persembahan pelajar yang memainkan peranan yang besar sepanjang perjalanan produksi dalam bentuk , nyanyian, muzik latar, gabungan muzik gamelan yang memukau penonton, iringan muzik untuk kumpulan koir semuanya dimainkan secara ‘live’.

Sekalung tahniah kepada semua musician. Semoga anda akan menjadi pemuzik yang profesional pada masa akan datang. Teruskan latihan…

Kepada penyanyi yang di anugerahkan suara yang sungguh lunak merdu, aku ucapkan syabas dan tahniah, terimakasih, arigato, thanks, nandre,shea shea. .

Walaubagaimana pun teruskan usaha untuk memantapkan lagi kualiti vokal tone masing-masing ok.

Rencana mengenai Sekolah Seni Johor Bahru telah siap. Anda boleh lihat di laman web ini
http://www.eduwebtv.com/index7.php?PageSelId=61&vidgrp=3&idcaller=menu_pub#

Dalam kesibukan pelajar dan jurulatih untuk persiapan produksi Malam Gala Kesenian SSJB, kami telah menerima kunjungan Dato Hajah Noor Rezan bt Bapoo Hashim, Timb. KPPM.

Kunjungan beliau ke sekolah ini adalah untuk melihat sendiri perjalanan sekolah ini.
Turut mengiringi beliau dalam lawatan ini adalah Pengarah BSSK,Pengarah JPN Johor, Ketua-ketua sektor, PPD , NYDP PIBG dan pegawai dari JPN dan BSSK.

Majlis dimulakan dengan sambutan di pintu masuk SSJB oleh pegawai, guru-guru dan pelajar dengan iringan kompang.

Satu sesi taklimat mengenai sekolah ini, telah dijalankan di Studio muzik dan pengetua telah mengambil kesempatan untuk mengemukakan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah yang dalam keadaan menumpang ini.

Masalah mengenai bilik darjah yang tidak mencukupi, pengunaan dewan untuk perhimpunan dan latihan. Maklumlah sekolah ini seringkali mendapat lawatan dan juga penggunaan dewan adalah perlu untuk mengadakan perhimpunan dan latihan persembahan, dan yang paling penting adalah di manakah sebenarnya tapak sekolah seni johor bahru ini?

Yg Berbahagia Dato’ telah memberikan ucapan tahniah kepada pelajar2 ssjb yg telah menunjukkan persembahan berkualiti pada setiap persembahan yg pernah beliau saksikan. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan tapi hasilnya tetap melebihi standard yg dikehendaki.

Beliau akan memberikan feedback daripada pengetua kepada KSU dan beliau sendiri berjanji untuk memperjuangkan hal ini kepada KSU nanti dan bukannya setakat mendengar sahaja keluhan anak buahnya. Beliau mengakui bahawa beliau adalah seorang pejuang (fighter). Banyak motivasi yang telah beliau berikan kepada kami.

Lokasi sekolah ini menurut beliau seperti yg diberitahu oleh Pengarah JPN adalah di Indahpura Kulai berkeluasan 30 ekar dan satu lagi beliau tak nyatakan kerana beliau seronok bercerita sehingga lupa nak bagitau maklumat mengenai tapak yang kedua tu.
Beliau juga menyatakan tak dapat hadir ke Malam Gala Kesenian pada hari ahad nanti kerana terpaksa berada di Sek Sukan Bukit Jalil.

Selepas itu beliau telah melawat kesemua studio seni dan menyaksikan pra-tonton
MGK oleh pelajar2.

Sebaik sahaja tamat preview itu beliau yang sangat kagum dan gembira meminta mikrofon daripada pengacara dan memberitahu yang beliau telah menghantar sms kepada Menteri Pelajaran sendiri bahawa Dato Hisham patut datang untuk menyaksikan show MGK nanti.You must see this show.

Beliau sendiri yang pada awalnya tak mahu pergi terus memberitahu kepada semua yang hadir bahawa beliau sendiri akan hadir pada malam ahad nanti sementara majlis Perhimpunan Bulanan KPM di Putrajaya yg sepatutnya hadir pada keesokan harinya beliau akan cancel semata2 untuk menyaksikan show yang sungguh istimewa ini nanti.

Selepas itu majlis diakhiri dengan jamuan makan di Dewan makan.

Hari ini para semua pelajar ke auditorium RTM untuk menyertai raptai persembahan MGK.
Memandangkan auditorium RTM tersebut telah ditempah pada hari Sabtu dan cuma hari ini shaja yang free maka kami telah menjalankan raptai ini.

Tujuannya adalah untuk membuat penentuan kedudukan setiap acara persembahan, laluan pelajar semasa persembahan, sistem audio, lighting, pengacara, susunan props dan sebagainya.

Pn Siti Hajar turut membantu memberikan pandangannya terhadap persembahan pelajar SSJB.

keep looking »
  • var flashvars = {id:'5809090358406',code:'Wordpress',c:'',scroll:'v',prov:'news',cat:'Music',cat2:'Orchestra',width:'170',height:'400',num_articles:'10',show_summaries:'Yes',show_sources:'Yes',show_dates:'Yes',title:'',title_size:'12pt',title_bold:'Yes',keywords:'',url:'',headers_size:'14pt',font_size:'10pt',font_family:'Arial',text_alignment:'Left',space:'Yes',titlecolor:'#000000',fcolor:'#0000FF',desccolor:'#000000',sourcecolor:'#FF0000',datecolor:'#999999',bgcolor:'#FFFFFF',ref:document.location.href}; var params = {scale:'noscale',salign:'lt',bgcolor:'#FFFFFF'}; var attributes = {}; swfobject.embedSWF('http://www.feedzilla.com/tools/news-widget.swf', 'Feedzilla_news_widget_103566', '170', '400', '9.0.0','',flashvars, params, attributes);

    News widgets and RSS news feeds